Friday, November 6, 2009

Wasiat...........

Wasiat Sayidina Ali kepada anaknya:

Apabila sedar daripada pengsan setelah ditikam oleh Abd. Rahman bin Muljam, Sayidina Ali memandang anaknya , Sayidina Hassan yang sedang menangis di sisinya ." Wahai anakku , hafalkan 4 perkara disamping 4 perkara ." kata Sayidina Ali ."Apakah perkara itu , ayahanda ? " soal Sayidina Hassan. Kata Sayidina Ali ,
" Kekayaan yg sebenar ialah akal , kepapaan yg sebenar ialah rosak akal . Sepi yg sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yg sebenar ialah akhlak yg baik."
4 perkara lagi ialah, jangan berkawan dgn org yg tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan. Jauhilah berteman dgn pembohong kerana ia boleh menjadikan org yg dekat lari daripadamu dan sebaliknya ."
" Janganlah berkawan dengan org yg bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah bersahabat dgn org yg suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah . "



>Wasiat Sepuluh

1. Apabila mendengar azan, bersegeralah menunaikan solat walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku, dengarlah perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah dan janganlah sekali-kali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah walau sedikit pun.

3. Berusahalah sedaya upaya bertutur dengan bahasa Arab Fushah kerana ia merupakan syiar Islam.

4. Elakkan dari banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan sebarang kebaikan.

5. Jangan banyak ketawa kerana hati yang dekat dengan Allah sentiasa tenang dan tenteram.

6. Jangan bergurau kerana umat yang berjuang sentiasa bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7. jangan meninggikan suara lebih dari yang diperlukan kerana ianya suatu amalan yang sia-sia dan menyakitkan hati.

8. Elakkan dari mengumpat mana-mana peribadi dan mengecam pertubuhan-pertubuhan, sebaliknya bercakaplah perkara-perkara yang bermanfaat.

9. Berta’aruflah dengan setiap muslim yang ditemui sekalipun tidak diminta kerana asas dakwah adalah berkasih-sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang kita miliki, justeru itu bantulah saudaramu menggunakan masa dengan perkara yang berfaedah dan ringkaskanlah perlaksanaan tugasmu.

No comments:

Post a Comment