KAUM HAWA
-Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
-Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
-Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
-Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
-Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
-Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).
Talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
-Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn4 syarat sahaja:
Sembahyang 5 waktu
Puasa di bulan Ramadhan
Taat kepada suaminya, dan
Menjaga kehormatannya
Wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org lelaki pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
Isterinya
Ibunya
Anak perempuannya, dan
Saudara perempuannya
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
Suaminya
Ayahnya
Anak lelakinya, dan
Saudara lelakinya
MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita kan? Wahai kaum Hawa jangan senang hati… kerana Rasulullah s.a.w. pernah menangis mengenangkan wanita yang lebih ramai di dalam NERAKA…WASPADA…
Segala kebaikan itu datang dari Allah SWT dan segala kelemahan itu datangnya dari diri saya sendiri.
ALwAyS...ToGeThEr...in shaa Allah....
10 years ago

No comments:
Post a Comment