Monday, March 15, 2010

MAHALNYA SEBUAH KEHORMATAN

Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah kedai makan, memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian, pesanannya datang. Saat pemuda itu hendak menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil laki laki menjajakan kuih padanya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab "Tidak, saya sedang makan".
Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama. Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih dagangannya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" Pemuda tersebut menjawab, "Tidak dik, saya sudah kenyang."
Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan beranjak pergi dari kedai makan tersebut. Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti. Sudah hampir seharian dia menjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada usahanya. Anak itu berfikir, "Cuba aku tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu kuih ini dijadikan ole ole buat orang di rumahnya." Apa yang dilakukan oleh anak kecil itu adalah usaha gigih membantu ibunya menyambung kehidupan yang serba sederhana ini.
Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjaja kuih itu menawarkan kuih dagangannya untuk yang ketiga kali, "Bang mahu beli kuih saya ?". Kali ini pemuda itu merasa risih untuk menolak. Kemudian, dia mengeluarkan wang RM 10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai sedekah.
Katanya, "Dik, ambil wang ini. Saya tidak beli kuih adik. Anggap saja ini sedekah dari saya buat adik."
Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalu memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang meminta minta. Betapa terkejutnya pemuda itu.
"Bagaimana anak ini ? Diberi wang tak mahu malah diberikan pada orang lain ?". Katanya, "Kenapa kamu berikan wang itu pada pengemis ? Mengapa tidak kau ambil saja ?"
Anak kecil penjaja kuih tersenyum lucu menjawab, "Saya sudah berjanji sama ibu di rumah untuk menjualkan kuih buatan ibu, bukan jadi pengemis. Dan saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu terjual habis. Wang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya menjadi pengemis".
Pemuda itu kagum dengan kata kata yang diucapkan anak kecil penjaja kuih yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etika kerja bahawa "kerja adalah sebuah kehormatan". Kehormatan anak kecil itu akan berkurang di hadapan ibunya, bila dia tidak bekerja keras dan berhasil menjajakan kuih. Dan, adalah pantangan bagi sang ibu bila anaknya menjadi pengemis. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah dia melihat ibunya tersenyum menyambut kepulangannya dan senyuman bonda yang tulus dia balas dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan wang.
Akhir cerita, pemuda tadi memborong semua kuih yang dijajakan anak kecil itu. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar tapi kerana prinsip yang dimiliki anak kecil itu "kerja adalah sebuah kehormatan". Dia akan mendapatkan wang kalau dia sudah bekerja dengan baik.
Semoga cerita di atas bisa menyedarkan kita tentang erti pentingnya kerja. Bukan sekadar untuk wang semata. Jangan sampai mata kita menjadi "hijau" kerana wang sehingga melupakan apa erti pentingnya kebanggaan kerjaya yang kita miliki. Sekecil apapun kerjaya itu, kalau kita kerjakan dengan sungguh sungguh, pastilah akan bererti besar.

Thursday, December 3, 2009

Hari Anugerah Gemilang 2009



Alhamdulillah syuhkur ke hadrat Allah A'zza Wajalla....Binti Akbari (kak Tirah) dapat no. 3 dalam kelas bg imtihan akhir sanah!.......usaha tangga kejayaan.....alfun mabruk wahai anakku sayang....Umi sayang kakak usaha lebih gigih lg di masa akan datang bg meraih kecemerlangan didunia wa akhirat.

Monday, November 16, 2009

Rahsia solat awal waktu

Perkaitan antara waktu solat dengan peralihan tenaga alam. Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?

SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

DHUHA & ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya …

Membuka pintu syurga

Tidak seperti biasanya, hari itu Ali bin Abi Thalib pulang lebih sore menjelang asar. Fatimah binti Rasulullah menyabut kedatangan suaminya yang sehari suntuk mencari rezeki dengan sukacita. Siapa tahu Ali membawa uang lebih banyak karena kebutuhan di rumah makin besar.
Sesudah melepas lelah, Ali berkata kepada Fatimah. "Maaf sayangku, kali ini aku tidak membawa uang sepeserpun."Fatimah menyahut sambil tersenyum, "Memang yang mengatur rezeki tidak duduk di pasar, bukan? Yang memiliki kuasa itu adalah Allah Ta'ala."
"Terima kasih," jawab Ali.
Matanya memberat lantaran istrinya begitu tawakal. Padahal persediaan dapur sudah ludes sama sekali. Toh Fatimah tidak menunjukan sikap kecewa atau sedih.Ali lalu berangkat ke masjid untuk menjalankan salat berjama'ah.
Sepulang dari sembahyang, di jalan ia dihentikan oleh seorang tua. "Maaf anak muda, betulkah engkau Ali anaknya Abu Thalib?"
Áli menjawab heran. "Ya betul. Ada apa, Tuan?''
Orang tua itu merogoh kantungnya seraya menjawab, "Dahulu ayahmu pernah kusuruh menyamak kulit. Aku belum sempat membayar ongkosnya, ayahmu sudah meninggal. Jadi, terimalah uang ini, sebab engkaulah ahli warisnya."Dengan gembira Ali mengambil haknya dari orang itu sebanyak 30 dinar.Tentu saja Fatimah sangat gembira memperoleh rezeki yang tidak di sangka-sangka ketika Ali menceritakan kejadian itu. Dan ia menyuruh membelanjakannya semua agar tidak pusing-pusing lagi merisaukan keperluan sehari-hari.Ali pun bergegas berangkat ke pasar.
Sebelum masuk ke dalam pasar, ia melihat seorang fakir menadahkan tangan, "Siapakah yang mau menghutangkan hartanya untuk Allah, bersedekahlah kepada saya, seorang musafir yang kehabisan bekal di perjalanan."
Tanpa pikir panjang lebar, Ali memberikan seluruh uangnya kepada orang itu.Pada waktu ia pulang dan Fatimah keheranan melihat suaminya tidak membawa apa-apa, Ali menerangkan peristiwa yang baru saja dialaminya.Fatimah, masih dalam senyum, berkata, "Keputusan kanda adalah yang juga akan saya lakukan seandainya saya yang mengalaminya. Lebih baik kita menghutangkan harta kepada Allah daripada bersifat bakhil yang di murkai-Nya, dan menutup pintu surga buat kita."



Sunday, November 15, 2009

Azam Kakak 2010


Setiap orang mempunyai azam masing-masing apabila datang tahun baru .Begitu juga dengan diri saya.
Bersempena azam saya pada tahun 2010 ialah mematuhikan segala suruhan Allah seperti menunaikan solat ,berpuasa, membaca Al-Quran, menghormati kedua ibubapa . Saya akan berusaha untuk mengkhatamkan baca Al-Quran secepat mungkin.
Saya sangat sayang Ummi dan Baba.Baba saya seorang pensyarah di Mahaad tahfiz negeri Pahang manakala Ummi merupakan seorang guru di SK Pandan.Saya bercita-cita untuk menjadi seperti mereka yang berjaya dalam kerjaya masing-masing berlandaskan syariat islam.Mereka idola saya dalam pembinaan akhlak mulia.
Pada tahun hadapan saya berada di tahun tiga. Biiznillah saya akan belajar bersungguh -sungguh dan membuat penambahbaikan dalam semua matapelajaraan untuk menperolehi keputusan yang lebih cemerlang di dalam peperiksaan dan ingin menjadi pelajar contoh di sekolah. InsyaAllah saya akan mengamalkan dan melaksanakan segala ilmu yang diajar oleh guru.Di sekolah saya merupakan pengawas .Saya berjanji untuk menjalankan tugas dengan jujur .Bertugas sebagai pengawas telah mendidik saya berdisiplin dan bertanggungjawab .
Akhir sekali saya berharap sangat azam 2010 akan tercapai sebelum masuk 2011.Robbuna yusahhil....................


.


.

Friday, November 13, 2009

Gaya Auladina











Makna 9 sifat mazmumah ......

(1). BAKHIL / KIKIR

Orang bakhil atau kikir adalah orang yang sangat mencinta hartanya. Harta apa pun yang ada padanya sangatlah dicintainya. Dia sangat sayang untuk mengeluarkannya kecuali jika ia tahu bahwa harta yang dikeluarkannya itu pastilah akan mendatangkan harta lain yang lebih banyak lagi. Tak pernah cukup dengan berapa pun harta yang ada padanya. Begitulah sikap seorang yang bakhil atau kikir. Bersadakah ? “No, itu akan membuat orang manja saja ! Terlebih-lebih, hal itu dapat mengurangi harta kita” begitulah alasannya.
Hal ini diisyaratkan Allah pada Al-Qur’an Surat Al-Aadiyaat ayat :6-8. “sesungguhnya manusia itu sangat ingkar, tidak berterima kasih kepada Tuhannya, dan sesungguhnya manusia itu menyaksikan (sendiri) keingkarannya, dan sesungguhnya dia sangat bakhil karena cintanya kepada harta [Sebagian ahli tafsir menerangkan bahwa maksud ayat ini ialah: manusia itu sangat kuat cintanya kepada harta sehingga ia menjadi bakhil]”
Jangan biarkan, bakhil atau kikir menguasai diri kita, karena ini akan menyebabkan kita terjatuh dan tertinggal dari memperoleh rahmat Allah. Jangan biarkan diri kita mempertuhankan harta atau ilmu, karena tuhan yang seharusnya kita sembah hanyalah Allah.
Mari kita ingat, ketika kita sedang dalam keadaan kikir atau bakhil, barangkali pada saat itu, kita sedang sangat mencintai harta atau ilmu yang kita miliki. Marilah kita berhenti bakhil dan kikir ! Bersyukurlah kita atas segala kurnia harta dan ilmu yang diberikan Allah kepada kita dengan cara membagikan sebagian daripadanya untuk makhluk Allah lain yang membutuhkannya. Ingat, untuk hanya yang membutuhkan saja !
Jangan dipelihara sifat bakhil atau kikir, karena sifat ini akan melahirkan sifat buruk lainnya, yaitu sifat sombong (arogan) yang tidak disukai Allah.


(2). SOMBONG

Orang sombong adalah orang yang sangat mencintai diri sendiri Orang yang mencintai selalu mengagungkan yang dicintainya. Semuanya serba baik dan perlu mendapat sanjungan dan penghormatan. Dia mengagungkan dirinya sendiri. Dia memberi penghormatan yang tinggi kepada dirinya sendiri. Sanjungan dan penghormatan itu hanya boleh untuk dirinya sendiri. Itulah yang disebut “sombong”. Hal ini akan menyebabkan dia tidak/kurang menghormati atau menghargai orang lain. Jika dibiarkan, keadaan ini akan berlanjut pada kurang menghargai atau bahkan meniadakan Allah.
Sifat ini telah menyebabkan Iblis, yang dulunya adalah hamba Allah yang taat, menjadi dimurkai Allah – dilaknat Allah. Sifat buruk ini akan menjadi satu sandungan terbesar bagi orang yang berjalan menuju Allah. Tidak akan sampai-sampai tujuannya, karena Allah tidak menyukainya.
Kesombongan jika dibiarkan merajai diri kita, lambat atau cepat, akan menyebabkan kita menjadi orang yang pemarah, suatu sifat buruk lain, yang akan membawa kita kepada suatu keadaan sulit.Semoga Allah tidak menetapkan kita menjadi orang yang sombong.


(3). PEMARAH

Beberapa orang berpendapat bahwa pemarah banyak disebabkan oleh tekanan darah yang meningkat dengan cepat. Akan tetapi benarkah demikian ? Yang sering kita jumpai adalah, ketika orang lain tidak dapat menghargai (memahami) diri kita, kita akan menjadi marah. Merasa tidak dihargai atau tidak difahami akan menimbulkan kemarahan.
Mengapa kita pemarah ? Karena orang lain melakukan kesalahan ! Kita menjadi pemarah karena kita merasa kitalah yang paling benar !Mengapa demikian ? Karena kita menganggap bahwa kita telah memiliki segala sesuatu, dengan mengasumsikan bahawa segala sesuatunya itu dapat kita peroleh karena kita telah melakukan segala sesuatu dengan sempurna. Kita menjadi cepat marah, jika orang lain tidak menghargai kita.
Maka, ketika kita sedang marah, ingatlah, jangan-jangan kita sedang merasa bahwa diri kitalah yang paling benar. Sayangkan, dalam banyak pengalaman, orang yang merasa diri paling benar atau pandai, justeru sebenarnya dialah yang bodoh.


(4). BODOH

Seorang Doktor ahli Bahasa Arab kenalan saya mengatakan :“… jika kita dapat mengkatamkan satu buku, kita merasa kita telah menguasai seluruh ilmu. Akan tetapi, ketika kita menamatkan buku berikutnya, maka kita mulai akan merasa bahawa ilmu kita sangatlah sedikit. Semakin banyak buku yang telah kita baca, kita merasa menjadi bodoh karena kita menjadi merasa sangat kekurangan ilmu”.
Jika ilmunya baru sedikit, kita merasa kitalah yang paling pandai. Semakin banyak ilmu kita, maka kita merasakan betapa bodohnya kita. Itulah pedoman bagi orang yang ingin pandai dalam suatu ilmu. Bagaimana dengan orang yang bodoh ? Orang yang bodoh atau orang yang benar-benar bodoh adalah orang yang merasa bahwa dirinya paling pandai. Kalau dalam cerita di atas mereka adalah “orang yang baru tamat membaca satu buku” dan tak mau membaca buku berikutnya. Itulah orang yang bodoh.
Bodoh menjadi suatu hambatan terbesar untuk maju menguasai sedikit ilmu yang telah diberikan Allah. Kebodohan atau merasa diri pandai, akan menyurutkan diri untuk memperoleh lebih banyak ilmu. Beragama tanpa ilmu akan sangat berbahaya karena kita hanya seperti robot yang dikendalikan oleh orang lain. Maka kebodohan adalah musuh bagi orang beragama. Musuh bukan untuk diperangi, akan tetapi musuh untuk diperbaiki.
Membiarkan diri dalam kebodohan akan menyebabkan kita menjadi lemah. Kelemahan yang ditutup-tutupi dapat berakibat kita lupa bahwa kita bodoh dan kita pun tertinggal. Ketika kita tertinggal dan dilupakan karena kita dianggap “tidak kuat”, maka penyakit baru akan muncul, yaitu “pendendam”.
Semoga kita tidak termasuk dalam kelompok orang yang bodoh ini dalam kondisi apa pun.


(5). PENDENDAM

Pendendam adalah orang yang merasa dialah yang paling kuat. Ia tidak mau ada orang lain lebih kuat daripadanya. Tidak boleh ada orang lain lebih pandai atau lebih kuat atau lebih pada bidang lainnya. Sikap ini sungguh berbahaya bagi persaudaraan Islam.
Padahal kekuatan persaudaraan Islam adalah terletak pada penghargaan adanya perbedaan dari orang per orang yang ada di dalamnya. Dengan adanya perbedaan disebabkan keunggulan pribadi pada bidangnya masing-masing akan diperoleh sinergi yang akan membentuk satu kekuatan gabungan, yang akan menghasilkan kekuatan sangat dahsyat.
Membiarkan orang menjadi pendendam dan merasa dengki dengan keunggulan orang lain, akan sulitlah bagi kita untuk menggalang kekuatan yang sebenarnya kita butuhkan untuk menghadap musuh-musuh Islam kapan saja. Begitulah buruknya sikap orang yang pendendam. Jika berlanjut terus-menerus, hal itu akan menyebabkan timbulnya penyakit lebih buruk lain, yaitu Zalim, merupakan sikap tidak penyayang.


(6). ZALIM

Orang yang zalim adalah orang yang tidak penyayang. Tidak sayang kepada diri sendiri atau kepada orang lain, maka dia menganiaya dirinya sendiri atau orang lain, dalam keadaan sadar mau pun tidak.
Setiap muslim, sangat dianjurkan untuk memulai segala sesuatu dengan mengatasnamakan Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang atau yang sering kita kenal dengan istilah “basmallah”. Artinya, setiap muslim haruslah mengasihi dan menyayangi. Baik kepada diri sendiri maupun kepada orang lain.
Dengan basmallah, setiap muslim menempatkan dirinya sebagai “pengganti Allah” (khalifah Allah) terhadap orang lain atau fihak lain, yaitu Allah yang memiliki sifat “Maha Pengasih, Maha Penyayang”. Siapa saja orang yang mengaku muslim hendaklah mengasihi dan menyayangi. Itulah jiwa pernyataan (bukan bacaan) “Bismillaah, Ar-Rahmaan, Ar-Rahiim”, yang selalu dipatrikan di hati setiap hamba Allah. Maka, apabila kita menemukan orang lain atau diri kita melakukan tindakan yang menganiaya, marilah kita periksa di dalam hati kita “masih adakah rasa penyayang ?”.
Jangan menjadi pendusta, di mulut mengucapkan “basmallah”, di hati “melupakan Allah” dan dalam perbuatan “mengingkari petunjuk Allah”. Karena hal itu bisa berakibat kita layak untuk disebut munafiq.
Semoga Allah melindungi kita dari perbuatan dan tabiat seperti itu, dan Allah menjadikan kita sebagai hamba-Nya yang Pengasih dan Penyayang.


(7). PENDUSTA

Tidak berlaku dusta adalah merupakan dasar paling bawah dari ajaran agama Islam. Orang yang pendusta adalah orang yang merasa tidak ada orang atau fihak lain yang mengetahui selain dirinya sendiri. Dia tidak ingat bahwa Allah itu Maha Pengetahui segala gerak-gerik setiap makhluk-Nya. Tidak ada yang luput dari pengetahuan Allah, baik yang ada di langit, di bumi maupun yang ada di antara keduanya. Pengetahuan Allah meliputi segala sesuatu.
Perilaku dusta adalah hambatan awal dalam mengenal adanya Allah karena pengingkaran adanya Allah, merupakan isyarat bahwa orang itu akan masuk di dalam kategori “kafir”. Adanya sifat dusta akan melahirkan sifat buruk lainnya, yaitu khianat, munafiq, tidak amanah, dan lain-lain. Itulah yang paling dilarang pada setiap muslim.
Marilah kita memohon perlindungan dan kekuatan dari Allah yang Maha Agung, semoga sifat dan tabiat dusta tidak pernah ada di dalam diri kita. Jujur atau shiddik adalah sifat utama seorang muslim. Maka jika ada dusta pasti tidak akan ada shiddik dan sebaliknya, jika kita shiddik, pastilah dusta akan menyingkir dan meninggalkan kita. Insha Allah !


(8). PESIMIS

Pertama-tama optimis kemudian sukses. Jika pertama-tama pesimis, maka yang kemudian juga adalah apes. Mengapa ada orang yang pesimis ? Jawabnya adalah karena ia merasa tidak ada yang diharapkan dapat menolongnya. Ini terjadi, karena dia lupa, bahwa Allah, Tuhannya setiap manusia, selalu menolong orang yang meminta pertolongan Allah. Orang yang mengenal Allah, pastilah dia menjadi orang yang paling optimis. Sebab Allah adalah pemilik segala sesuatu, Dia Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Adil, Maha Kuat, Maha Suci, Maha Besar dan lain-lain sebagainya dan Allah selalu menolong hambanya yang membutuhkan-Nya.
Untuk menghilangkan rasa pesimis dan menimbulkan sikap optimis, tiada jalan lain, hiduplah selalu bersama Allah.


(9). KAFIR

Orang menjadi kafir kepada Allah, bukanlah semata-mata karena dia memang kafir. Kekafiran bisa dengan kesadaran penuh atau hanya karena tidak sadar telah menjadi ikut-ikutan. Yang kita waspadai, setelah kita berjalan di jalan Islam adalah kekafiran yang dilakukan oleh para muslim sendiri. Sebab hal itu bisa disebabkan karena dia belum begitu mengenal tuhannya, Allah.
Orang yang benar-benar kafir adalah orang yang merasa sangat mampu membuat peraturan sendiri. Padahal sekafir-kafir manusia, pastilah dia tidak akan mampu melepaskan diri dari mengikuti aturan Allah. Sebab, jika dia tidak mau melakukan aturan yang baik, maka pastilah dia akan (terpaksa karena tak pilihan lain) melakukan aturan yang buruk. Kedua-dua peraturan itu adalah ciptaan Allah. Kalau dia mampu menghindari peraturan-peraturan Allah, tentulah dia tidak akan berada di atas bumi Allah atau di kolong langit Allah.
Akan tetapi, masih banyak di antara para muslim yang kafir setelah menjadi muslim. Mereka tidak mau melaksanakan syariat-syariat Allah karena mereka tidak mengenal benar siapa Allah dan apa saja karya Allah yang berhubungan dengannya. Bila hal ini dibiarkan, bukan tidak mungkin, musuh-musuh Islam akan masuk dan mengalihkan perhatiannya dan menyesatkan menjadi sejauh-jauh sesat.
Marilah kita waspadai dan kita hindari terjadi kekafiran setelah orang menjadi muslim.